Sejarah Penghijrahan Kedua Kaum Iban Ke Pedalaman, Sandakan Dan Tawau Iban_Merotai

Apabila kerajaan Sabah mempergiatkan pembalakan di pendalaman Sabah dan membuka ladang kelapa sawit berskala besar awal tahun 1970, kaum Iban terutamanya pemuda lelaki kaum Iban yang menetap di Limbang dan Brunei cepat mengambil peluang tersebut dengan berhijrah melalui bahagian Pedalaman Sabah melalui jalan pembalakan dan jalan air ke Sipitang dan kemudian ke Tenom dan kemudian ke Keningau dan kemudian ke Nabawan sebelum sampai ke Hulu Sungai Kinabatangan. Pada awalnya, penghijrah kaum Iban bekerja di kem-kem pembalakan di sekitar pendalaman Kinabatangan. Setelah pembalakan di Kinabatangan semakin berkurangan, mereka telah berhijrah Hilir Sungai Kinabatangan sebelum sampai ke Sandakan dan menetap sementara di Sandakan.

Pada awal tahun 1970 itu juga kerajaan Sabah telah membuka perladangan kelapa sawit berskala besar di Lahad Datu, penghijrah kaum Iban yang berkelana di sekitar Sandakan cepat mengambil peluang tersebut. Mereka kemudian berhijrah ke bahagian Tawau terutama di daerah Lahad Datu. Memandangkan kaum Iban yang berhijrah ke Sabah tersebut majoritinya masih bujang seawal umur 20an ke 30an, semasa bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di Lahad Datu, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan dan yang terdapat di Lahad Datu. Kaum Iban yang telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan tersebut, telah berhijrah dari Lahad Datu ke daerah Tawau untuk mencari penghidupan baru. Semasa di Tawau pula, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Dumpas dan Murut. Hasil perkahwinan campur lelaki kaum Iban dengan perempuan-perempuan penduduk tempatan di Tawau dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kebanyakan kaum-kaum penduduk tempatan di Tawau mempunyai pertalian persaudaraan dengan kaum Iban Merotai.

Kaum Iban yang terkenal dengan cara kehidupan berdekatan dengan alam semulajadi, telah pergi ke Merotai. Pada masa tersebut, kawasan Merotai masih lagi belum diterokai, dan kaum Iban telah menerokai kawasan Merotai tersebut. Sesuai dengan citarasa semulajadi kaum Iban, pada masa itu, kawasan tersebut masih lagi banyak ikan-ikan di sungai dan haiwan-haiwan di hutan yang boleh diburu dan dijadikan santapan lauk, dan tanah juga yang masih lagi terbentang luas tempat bercucuk tanam sayur dan padi. Hal ini telah menarik perhatian penghijrah kaum Iban terus menetap di Merotai hingga ke sekarang.[1][2]

Rujukan

WikiPedia: Iban_Merotai //scholar.google.com/scholar?q=%22Iban+Merotai%22 //www.google.com/search?&q=%22Iban+Merotai%22+site... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Iban+... //www.google.com/search?q=%22Iban+Merotai%22&tbm=n... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Iban+Merota... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul... http://www.fss.unimas.my/index.php?option=com_cont... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://gnmawar.wordpress.com/jerita-lama/iban-mig... https://www.jstage.jst.go.jp/article/hgs/86/1/86_1...